Wednesday, May 12, 2010
Perginya Seorang Tokoh Kadazan Kristian....
Mendiang Rev. Fr. Augustine Amandus…
Gambar diambil pada Januari 2000 diluar rektori Gereja St. Joseph Papar.
(Sumber:http://tpbppenampang.blogspot.com/)
Buat semua umat Katolik, marilah kita sama-sama mendoakan mendiang Fr. Augustine Amandus yang telah kembali kepada Bapa di Syurga pada 06 Mei 2010, jam 2.52 pagi di SMC, Damai.
Dilahirkan pada 10 Januari 1938 dan ditahbis pada 13 Disember 1966, beliau merupakan anak Kadazan yang pertama sekali memilih untuk melayani Bapa seumur hidupnya. Fr. Amandus telah berkhidmat di Paroki Papar dan Limbahau sebelum beliau diserang ‘strok’ pada Januari 2000.
Setelah serangan 'strok' itu, beliau menerima jagaan penuh cinta kasih daripada ibu saudaranya, Mother Bernadette, dan para rahib dari Konven St. Joseph Penampang. Fr. Amandus telah menjadi sebahagian ahli keluarga konven tersebut yang istimewa.
Misa Requiem untuk mendiang Fr. Amandus berlangsung pada 10 Mei 2010 pada jam 9.30 pagi di Gereja Holy Rosari Limbahau. Tubuh mendiang dibawa ke gereja dari rumah keluarganya di Papar pada petang hari Ahad, 9 Mei 2010, sehingga hari pengkebumian.
Marilah kita bersama-sama bersatu dalam doa dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Fr. Amandus yang terkenal dengan senyumannya yang manis dan keperibadian yang sentiasa ceria.
1 Thessalonians 4:13-14
But I do not want you to be ignorant, brethren, concerning those who have fallen asleep, lest you sorrow as others who have no hope. For if we believe that Jesus died and rose again, even so God will bring with Him those who sleep in Jesus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment