Monday, May 3, 2010

Keputusan Pertandingan Magagung & Sumazau di Kohominan OKK Joseph Gunsoi

Sebagai pembuka kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Aki Sagat Team di atas penyertaan pada pertandingan pada 01 Mei 2010 yang lalu...

Sayang sekali Aki Sagat Team hanya berpuas hati dengan mendapat tempat saguhati... Lima pasukan yang berjaya ke peringkat akhir pada 08 Mei 2010 nanti adalah seperti berikut:

1. Sinompuru Bambarayon Kg. Kogopon
2. Kampung Titimboungon
3. Kampung Sabandil
4. Kampung Rampazan
5. Kampung Mikik

Kelima-lima pasukan tersebut memang hebat, namun begitu, Aki Sagat Team juga memberikan tentangan dan saingan yang tak kurang hebatnya dan perbezaan markah pun cuma 1-2 poin saja...

Hakim pada ketika itu pun terdiri daripada 9 ketua pasukan setiap kampung yang mana salah satunya ialah saya sendiri... Oleh itu, markah purata setiap hakim telah menjadi bench mark kepada keputusan akhir...

Namun demikian, Aki Sagat Team tidak berputus asa begitu saja kerana pertandingan ini telah mendewasakan setiap ahli dan meningkatkan input pengalaman yang sedia ada...

Aktiviti Aki Sagat Team tidak terhenti begitu saja kerana 'kontrak' perkhidmatan masih lagi banyak selepas ini...

Sebagai pengurus pasukan, saya begitu berbangga dengan adik-adik Aki Sagat Team di atas persembahan mereka yang mampu menegakkan bulu roma setiap penonton... Jika ada peluang, anda patut lihat sendiri persembahan mereka dan memberikan komen secara live samada mereka masih 'hijau' mentah ataupun sudah 'merah' ranum...

Akhir kata, terima kasih atas sokongan semua pihak, terutama sekali buat Encik Ajin Kulus dan isterinya yang turut sama hadir memberikan sokongan pada kepada kami. Juga tidak dilupai, kepada pengurus penari, Pn. Viany J. dan mummy nya, Pn. Bernadetha serta Encik Muin Galapan... Kecewa dan Gembira kita sama2 rasa kio... Yang penting dapat poh beras 10kg!!! Kotouhuadan kumaa diozu ngavi...

No comments:

Post a Comment