Sunday, April 25, 2010

Iklan Sebentar...



Saya pasti sudah ramai yang kenal dia... Untuk yang masih tak kenal dia, mari kita berkenalan dengan dia.

Beliau bernama Muin Galapan, seorang ahli Aki Sagat yang berkaliber dalam menguruskan kumpulan ini. Beliau merupakan AJK Perhubungan dalam kumpulan ini.

Beliau merupakan seorang pesara kerajaan dan kini beliau menjalankan perkhidmatan mengurut di rumah beliau sendiri.

Bagi sesiapa yang sakit-sakit badan, salah urat, perut boroi atau masalah lain, boleh datang minta urut dengan beliau dengan caj perkhidmatan yang berpatutan.

Beliau boleh dihubungi terus melalui talian 012-820 6008 atau ke rumah beliau terus di sebelah SRK Sacred Heart Kampung Biau Papar. Kamu akan nampak signboard simen sebelah kanan betul-betul bersebelahan dengan sekolah tersebut.

Beliau bukanlah orang baru dalam bidang ini. Beliau sudah berpengalaman lebih berpuluh tahun dalam bidang ini dan mempunyai reputasi yang tinggi di daerah Papar. So, jangan ragu-ragu lagi. Atur temujanji sebelum datang mengurut!!

Jangan risau sebab beliau mempunyai bilik urut khas dan tidak terdedah. So privasi anda adalah terpelihara sepenuhnya.

Keterangan lanjut, boleh hubungi beliau terus melalui talian yang tertera...

No comments:

Post a Comment