Wednesday, July 29, 2009

Apa yang baru dalam AkiSagat Team

AkiSagat Team telah melakukan 'renovation' pada pentas latihan persembahannya (Gambar akan sya cuba upload. Sori tak kuat internet) Jadi, apa yang boleh sya describe ialah pentas itu menjadi sangat besar dan lebih selesa dan selamat berbanding dulu.
AkiSagat Team juga telah menerima penyata bank yang pertamanya. Jumlah wang yang terkumpul setakat ini adalah dalam RM500. Ini masih jauh daripada sasaran kumpulan ini untuk memperkuatkan lagi kewangan kumpulan.
AkiSagat Team memecahkan kumpulan dewasa dan kumpulan kanak-kanak. Kumpulan yang lebih senior akan melakukan persembahan pada perayaan yang kurang rasmi manakala golongan kanak-kanak akan memonopoli perayaan rasmi.
AkiSagat Team berjaya memperolehi Keyboard Yamaha PSR E403 sebagai instrumen moden bagi tujuan persendirian ataupun komersial.
Apapun, ini merupakan perkembangan yang positif yang mana kumpulan ini mula mendapat perhatian daripada masyarakat umum.

No comments:

Post a Comment