Pada hari tersebut, AkiSagat Team sekali lagi berpeluang untuk melibatkan diri dalam persembahan 'Sumazau' dan 'Magagung' di Balairaya Papaga Papar. Kehadiran pelancong asing ke program homestay ini memberikan peluang kepada kumpulan ini untuk terus hidup dan diiklankan di mata antarabangsa.
Sungguhpun H1N1 agak 'famous' pada ketika ini, ini tidak menghalang kami untuk rapat dengan pelancong asing yang agak ramah dengan penduduk di sini. Persembahan AkiSagat Team semakin mematangkan fikiran para kanak-kanak yang menjadi ahli AkiSagat Team di mana setiap pengalaman yag dilalui menjadi pedoman serta keseronokan di samping kepuasan tak terhingga di kalangan mereka.
Antara pengisian homestay pada kali ini semestinya memperkenalkan kebudayaan masyarakat Kadazan di sini terutama sekali tarian tradisional dan juga makanan. Tidak lupa juga aktiviti lain-lain seperti mencari 'butod' dan juga 'menggarus' pokok rumbia untuk mendapatkan sagu.
Akhir sekali aktiviti yang dilakukan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah sesi menggambar... Hohoho... Bukan main lagi mem 'posing' semuanya.... Kalah artis beb... Sya saja yang tiada dalam gambar... Huhu....
Sya fikir sekian sahaja lah laporan saya pada hari ini memandangkan internet semakin inda kuat... Thanks 4 reading!!! Aramai Tie!!!
Wednesday, July 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment